Saturday, June 21, 2014

Sticker Goodies

Aku lupa aku pernah design sticker untuk goodies majlis kahwin kawan kakak aku pada tahun lepas. Aku buat beberapa design untuk dia pilih tapi dengar cerita semua dia berkenan dan mungkin dia buat beberapa jenis goodies untuk ditampal. Bila aku gi kenduri kahwin dia, aku dapat goodies tu dengan design aku sendiri yang first tu. Heee...


Design Poster Ramadan: Tazkirah Ramadan 1435H & Kuliah Agama Ramadan

Design Tazkirah Ramadan dan Taqwim 1435H yang telah aku siapkan. Mula-mula aku design yang jadual berbuka puasa untuk negeri Melaka tu, tapi sekali bos aku tak jadi guna design tu sebab nak bagi client seluruh Malaysia payah gak nak masukkan semua jadual. Jadinya bertukar kepada tazkirah amalan di bulan Ramadan. Inilah hasilnya, kalau dah dapat yang dah siap print nanti aku share lagi kat sini.


Yang kedua ni ialah poster dan bunting untuk kuliah agama di Masjid UTeM Jumaat baru ni. Kawan aku kata poster dah gantung kat masjid dah. Aku tak tengok pun sebab tak gi UTeM. Haha.. Simple je sebab masa ni on the spot tiba-tiba kena siapkan. Idea kurang la.. Apo yang hado jer.. :-)


Cover Buku Module dan Hands On Training jQuery







Friday, June 20, 2014

Hasil Sebuah Buku...


Assalamualaikum...

Inilah dia hasilnya design cover buku module yang aku post kan sebelum ni. Dah siap pun jadi buku untuk digunakan pada minggu depan. ^_^


Saturday, June 14, 2014

Part Time Design ^_^

Assalamualaikum....

Antara hasil design 'part time' yang aku buat di rumah. :-)





Hasilnya....


Saturday, June 7, 2014

Tag For Technical Assistant

Tag untuk technical assistant semasa pendaftaran KUIM awal bulan hari tu. Abaikan kesalahan ejaan disitu sebab dah siap print baru semua orang perasan. Belasah jela labuuu....


Saturday, May 31, 2014

Design Infografik



Sunday, May 25, 2014

Cover Company Profile

Assalamualaikum...

Hasil design company profile yang tak berapa cantek pun... Simpe je sebab masa ni aku belum jumpa lagi konsep yang best. Haha.... Layan...


Design Brochure Training

Assalamualaikum....

Taraaa.... Design brochure lak kita tengok. Design yang pertama tu, aku ambil masa hampir seminggu untuk disiapkan. Entah apa yang payah beno pun aku tak tau. Takpelah janji dah siap. Heeee... tapi yang lain-lain tu ada yang tak sampai sehari pun. Saya kan budak baru belajarrrr..... (Baru la sangat kan...).... Layan jelah.... Zassss.....




Cover Buku Modul Training

Assalamualaikum...

Sambung entry semalam.... 
Hari ni aku kembali lagi bersama hasil-hasil design yang ada. Kali ni aku nak share design cover buku modul training. Kadang dalam masa seminggu, dah bermodul-modul aku coverkan. Setakat ini, ni jelah konsep design yang aku mampu buat. Insyaallah, akan datang aku akan cuba buat yang terbaik lagi. :-)




Saturday, May 24, 2014

I'm Back!

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama menyepi kini aku kembali berblogger disini.... Alhamdulillah... Dulu aku cuma design suka-suka je, tapi kini aku berkerjaya sebagai Graphic Designer yang sebenar. Fuhh... memang penat jadi designer ni, banyak nak kena perah otak fikir apa lagi konsep nak kena design... But alhamdulillah aku telah pun berada dalam bidang ni selama mana aku tinggalkan blog ni sampai bersawang iaitu 2 tahun.

Baiklah, alang-alang aku dah on balik blog ni kan... Nak share la sket dengan korang apa yang aku dah belajar selama sepanjang aku mengenali dunia design ni. Lagi pun ada antara sifoo aku yang bertanya adakah nak tutup dah blog ni? Jawapannya tidak, cuma tiada kesempatan untuk mengupdate saja. Kadang kerja kat opis ni dibawa balik ke rumah, yelah dunia di hujung jarikan? Nak buat macam mana? Walau bagaimana pun hidup mesti diteruskan.

Oke, tanpa membebel lebih panjang lagi, di bawah ni ada beberapa hasil design yang aku dah buat sejak aku bekerja di tempat kerja aku sekarang. Haha apakah yang aku cuba sampaikan ni? Hentam sajalah labu... Mamai dah ni... jom layann.... zasss!


Banner percutian 10ft x 4ft dan banner di website

Inilah hasil design banner percutian yang telah pun digunakan masa cuti hari tu
Bunting untuk training dan framework (saiz lupa hehe)
Ni hasilnya yang siap di print dan dah pun digunakan..(belah kanan tu, yang kiri bukan aku yang buat.. :-) )
Bookmark dan kad hari ibu! Yeay! Masa ni tak berapa nak ade idea pun...huhu
Poster untuk training jQuery bulan depan tapi bos aku dah suruh siapkan awal-awal. 
Cover photo untuk FB company aku, simple je aku buat..

Cukuplah setakat ni dulu aku share kan, esok kalau sempat aku upload lagi hasil design aku yang ada. Kesemua design ni aku guna Adobe Illustrator CC. Dulu photoshop je tau, sekarang dah pandai AI lak. Oklah tu kan?  So my sifoo? Ok tak hasil design bekas anak muridmu suatu ketika dahulu? Makin ok ke makin teruk? Aku tau nanti mesti sifoo-sifoo aku yang otai masih berbisa ni akan baca kalau mereka free nanti. Kalau tak free tak baca. Aku ok je. CC: Vectorism, CreativColor, Fqemo, Ataei dll.

Sekian, jumpa lagi di next entry! Wassalam.



linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Web Informer Button