header quote

“DO SOMETHING CREATIVE EVERYDAY”

Salam perkenalan...

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog saya yang baru saja dibina ini. Azz Graphic Design nama diberi. Azz di ambil sempena nama saya.. Saya ni bukan pandai sangat nak design-mendesign ni tapi sekadar ingin cuba mengasah bakat terpendam dalam diri ini. Chewah! Ayat tak boleh blah! Ngee...

Oleh kerana saya memang tiada apa-apa yang hendak dibuat sejak saya habis belajar setahun yang lepas, masa yang terluang dan terbuang saya isi dengan aktiviti ini. Apa yang saya belajar memang tak ada kena mengena dengan apa yang saya minat, nak buat macamana kan... Apa yang diinginkan tak kesampaian, jadi saya belajarlah sendiri sorang-sorang, godek-godek lappy dan software-software yang berkenaan dengan grafik. Apa saja software yang berkaitan grafik semua saya cuba, daripada Adobe Photoshop, Illustrator, Photoscape, Photoshine, Picasa dan apa saja software yang boleh digunakan secara online dan offline. Sekadar untuk suka-suka. Itulah ceritanya...  Jadi tujuan saya buat blog ni ialah untuk berkongsi minat dengan mereka-mereka yang sama minat dengan saya ni. Maka, sesiapa yang sudi share dengan saya tentang grafik, design dan sebagainya, bolehlah share disini. Ilmu itu untuk sepanjang hayat. Sekian intro dari saya...
Wassalam..

Post a Comment

0 Comments